Dharma Varnashrama Bhagavad Gita Seperti Yang Ada

Teks Hindu
Śruti

Smriti

Dari segi sosial, Bhagavad Gita Seperti Yang Ada menyarankan cara hidup yang berasal daripada karya Manu Smriti dan buku-buku peraturan agama dan sosial lain untuk dipergunakan di dunia Barat sezaman. Buku ini memerihalkan sebuah masyarakat manusia yang ideal sebagai sesuatu terdiri daripada empat Varna:

Dalam penulisannya, Prabhupada menyokong sudut pandangan bahawa seorang menjadi ahli salah satu Varna, bukan disebabkan oleh kelahirannya, tetapi oleh sifat-sifat peribadi (guna) dan jenis pekerjaan (karma) seseorang (BG 4.13). Masyarakat diperihalkan sebagai terbaik diperintah oleh seorang kshatriya yang suka membuat kebaikan dan yang memerintah mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh tradisi kitab yang dikekalkan oleh segolongan sami (brahmana) yang mewakili pimpinan rohaniah. Pemerintah kshatriya (seperti mahkamah di banyak negara demokrasi juga boleh membuat keputusan hukum bunuh.

Kaum Brahmana, orang tua-tua, wanita, kanak-kanak, dan lembu dikatakan diberikan perlindungan yang khas, dengan haiwan, terutamanya lembu, dilindungi daripada penyembelihan dengan apa cara sekalipun. Prabhupada menggalakkan pembaca untuk mengamalkan diet vegetarian dan menyarankan pertanian sebagai asas ekonomi masyarakat yang ideal. Pada akhirnya, Prabhupada menyimpul bahawa masyarakat harus mempunyai "kesedaran Krishna", iaitu sebuah masyarakat yang diasaskan pada pembaktian (bhakti) Krishna (Tuhan).